Skuad gimnastik artistik negara berdepan laluan sukar dalam memburu tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebelum mengalih tumpuan ke Sukan SEA Filipina 2019.
Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia 2019 menjadi tumpuan utama skuad kebangsaan ketika ini dan perlu mengumpul sekurang-kurangnya 52 mata jika mahu melayakkan diri ke Tokyo tahun depan.
Jurulatih negara, Nataliya Sinkova, menyenaraikan tiga nama yang akan dipertaruhkan dalam Kejohanan Dunia di Jerman, Oktober depan, iaitu Tan Ing Yueh, Tracie Ang dan Farah Ann Abdul Hadi.
"Ia merupakan impian kami dan setiap atlet untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik. Kejohanan Dunia ini akan dijadikan sebagai medan persiapan menghadapi Sukan SEA," katanya.
Sementara itu, Sinkova menyasarkan pingat emas daripada kesemua empat acara yang ditawarkan dalam Sukan SEA Filipina, iaitu senam lantai, batang titian, melombol dan palang bertingkat.
Bagaimanapun, Sinkova masih menilai prestasi barisan atlet yang terdiri daripada Ing Yueh, Tracie, Farah Ann, Rachel Yeoh Li Wen dan Nur Azira Aziri dalam memastikan acara yang sesuai buat mereka.
"Kami sudah bersedia untuk mendapatkan setiap emas yang dipertandingkan di Manila nanti, apa yang kami perlukan sekarang adalah tuah."
Sementara itu, pengurus skuad gimrama negara, Toh Ai Lee, menyasarkan lima pingat emas dalam acara individu gelung, bola, belantan, reben serta rutin berpasukan.
Ai Lee turut menjelaskan pemenang pingat emas aparatus reben individu gimnastik berirama Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Amy Kwan, masih dalam pemantauan mereka ekoran kecederaan yang dialami.
"Kami meletakkan sasaran empat pingat emas daripada acara individu dan satu daripada acara berpasukan," katanya lagi.