Skuad gimnastik artistik wanita negara terpaksa menerima hakikat jurang yang masih ketara berbanding pencabar Asia yang lain apabila meraih tempat keenam saingan final berpasukan di Pusat Expo Antarabangsa Jakarta, Kemayoran, hari ini.
Semalam, trio negara yang dibarisi Farah Ann Abdul Hadi, Tan Ing Yueh dan Tracie Ang memastikan slot ke final dengan kutipan 145.50 mata.
Bagaimanapun, prestasi itu gagal menjulang persembahan mereka dalam final selepas mengumpul 140.100 mata yang menyaksikan China muncul juara menerusi pungutan 165.250 mata, disusuli Korea Utara dan Jepun.
"Sudah pasti aksi semalam lebih baik jika dibandingkan persembahan hari ini.
"Begitupun, saya berpuas hati dengan tahap persembahan hari ini yang lebih mencabar daripada semalam.
"Sebagai pasukan, kami berpuas hati dengan prestasi kerana menempatkan diri di kedudukan keenam Asia merupakan satu pencapaian," kata Farah Ann yang muncul peserta terbaik negara dengan pungutan tertinggi membabitkan apparatus senaman lantai, melombol, batang titian dan palang sejajar
Cabaran skuad gimnastik artistik akan beralih kepada saingan individu menerusi Farah Ann dalam acara palang sejajar manakala Ing Yueh dalam senaman lantai.