Skip to main content

Sukan Lain

Ghazali dari Malaysia, saya ingin menentang anda -- Petinju Indonesia cabar Jojo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

frans.jpg
Petinju terkemuka Indonesia, Frans Hutajulu, mahu bersemuka dengan jaguh muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar, dalam satu gelanggang untuk beradu kekuatan. 

Dia yang dipanggil 'Roti Kukus' itu mencabar wakil ONE Championship itu menerusi satu kenyataan selepas memenangi pertarungan dalam kejohanan tinju terbesar Indonesia, Holywings Sport Show, beberapa hari lalu. 

"Saya minta Ghazali dari Malaysia. 

"Saya ingin menentang anda dalam pertandingan apa sahaja," katanya di TikTok.

 
@hsshitt FRANS CALL OUT ORANG LUAR NEGRI LANGSUNG‼️ ##hss##holywingssportshow##houseofchampions##tinjuindonesia##bali##holywingssportnight##boxing##holywingssportnight ♬ suara asli - HSSHit!


Ketika ini, Jojo sedang mempersiapkan diri dalam One Fight Night 32 pada 7 Jun depan dan akan bertemu petarung daripada Amerika Syarikat, Diego Paez, dalam kategori flyweight Muay Thai.

Advertisement

Must Watch Video