Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif, mengesahkan nilai RM4 hingga RM5 juta sudah pun diterima menerusi geran daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang dinamakan Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN).
Menurutnya, jumlah tersebut diperuntukkan bagi membantu pelumba negara, Hakim Danish, dalam membiayai segala kos dan perbelanjaan termasuk Kejuaraan GP Remaja Dunia dan MotoGP Rookies Cup musim ini.

Bagaimanapun, jumlah tersebut disifatkan sebagai masih belum mencukupi dan SIC sedang berusaha untuk mendapatkan lebihan dana dari penaja- penaja di luar bagi membantu kelangsungan pelumba prolifik negara itu.
"Dana yang ada masih tidak mencukupi untuk membantunya.
"Kami telah berbincang dengan ZK Racing dan KBS untuk mengubahsuai -- apalagi dana yang boleh membantu.
"ZK Racing tidak hanya mengharapkan dana daripada KBS dan SIC, ZK Racing juga perlu keluar mencari dana daripada syarikat swasta.
"Kami mendapat bantuan daripada beberapa penaja yang bukan sahaja dalam bentuk dana, ia merangkumi pakaian berlumba dan topi kaledar.
"Saya harap lebih banyak syarikat (tampil) untuk membantu pelumba muda kita (supaya) dapat terus berlumba di luar (negara)," katanya yang ditemui dalam Majlis Perasmian Pusingan Pertama Kejuaraan Malaysia Touring Car (MTCC) di SIC, bermula hari ini.
Pelumba kelahiran Terengganu itu mencipta sensasi dalam kategori Rookies Cup, Grand Prix (GP) Sepanyol, menerusi podium berganda dalam perlumbaan 1 dan 2 di Litar Jerez.
Kejayaan berganda itu menyaksikan Hakim Danish mengungguli carta perlumbaan dengan mengumpul 40 mata untuk berada di hadapan pelumba Australia, Carter Thompson (38 mata), dan pelumba Sepanyol, Brian Uriarte (25 mata).