Skip to main content

Sukan

Generasi sukan GenKRU

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kru.jpg
Kumpulan rap/ hiphop paling berjaya di Malaysia, KRU kembali menggemparkan negara dengan konsert GenKRU yang diadakan di lokasi ikonik kejohanan badminton negara ini iaitu Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3, 4 dan 10 Mei 2025.

Dianggotai oleh Datuk Norman, Datuk Yusry dan Edry Abd Halim, mereka akui perkara paling sukar adalah memilih set lagu untuk konsert terbaharu selepas tujuh tahun dengan lagu-lagu seperti Awas, Fanatik, Ooh La La dan Mengerti pastinya menjadi menu wajib peminat setia.

Namun, kepada generasi muda yang tidak begitu mengenali KRU, kumpulan tiga adik-beradik ini juga mempunyai lagu hits yang menaikkan semangat barisan atlet bertajuk Kuasa Juara yang diterbitkan pada 2015.

Kuasa Juara merupakan single KRU yang digubah oleh Norman bersama Archie Nasution dengan lirik sepenuhnya oleh Norman dan diangkat sebagai lagu tema kontinjen Malaysia ke Sukan SEA ke-28 di Singapura.

Menariknya, Kuasa Juara yang digarap dengan rentak agresif bersama elemen rap itu disiapkan dalam tempoh seminggu sahaja dan mula diperdengarkan kepada umum dua hari sebelum temasya dwitahunan itu membuka tirai pada 3 Jun 2015, selain turut disertakan klip video menarik dengan menampilkan 12 atlet terkemuka negara.

Sebelum itu, KRU pernah diberi mandat menghasilkan lagu tema untuk Projek Everest pada tahun 1997 disusuli lagu khas Sukan Komanwel 1998, yang menyaksikan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah.
 

Advertisement

Must Watch Video