Skip to main content

Sukan Lain

Gas nitrogen bocor ragut nyawa di gimnasium

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

krioterapi.jpg
Seorang pekerja wanita maut sementara seorang lagi kritikal ketika menjalani sesi krioterapi di sebuah gimnasium di Paris, Perancis.  

Kes ini menjadi tumpuan berikutan usaha pihak tertentu yang berselindung mengenai kejadian yang berlaku pada Isnin lalu sebelum ia didedahkan hari ini. 

Krioterapi merupakan satu kaedah rawatan alternatif yang menggunakan gas nitrogen melalui mesin cryochamber bagi mengurangkan kesakitan otot, tekanan, reumatik dan pelbagai masalah kulit. 

Ia menggantikan mandian air sejuk seumpamanya dengan penggunanya didedahkan suhu di bawah 100° Celsius dalam tempoh yang sihat. 

Persatuan Gas Eropah pada 2018 pernah memberi amaran bahaya krioterapi berhubung penggunaan gasnya yang tidak berwarna dan tidak berbau.

Pada 2015, seorang wanita berusia 24 tahun menemui ajal ketika melakukan krioterapi di sebuah spa di Las Vegas dan mayatnya hanya ditemui keesokkan hari oleh rakan sekerjanya. 

 

Advertisement

Must Watch Video