Skip to main content

Sukan Lain

Gandingan Pandelela-Dhabitah bakal dikekalkan?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

terjun.jpg
Penerjun veteran negara, Datuk Pandelela Rinong bersama Nur Dhabitah Sabri berkemungkinan bakal dikekalkan selaku gandingan dalam acara 10 meter (m) platform dalam dua kejohanan utama tahun ini iaitu Kejohanan Dunia pada Julai juga temasya Sukan SEA Thailand pada disember.

Bagaimanapun, menurut pengarah teknikal kem terjun negara, Yeoh Ken Nee, segala-galanya bakal terjawab selepas tamat kejohanan kebangsaan yang bakal berlangsung pada Mei di Bukit Jalil ditambah dengan keinginan Dhabitah untuk fokus dalam acara papan anjal.

Bagi Ken Nee, kejohanan kebangsaan bakal jadi platform terbaik bagi memastikan penerjun negara bersaing secara sihat selain medan dalam persiapan ke Kejohanan Dunia yang bakal berlangung di Singapura.

Untuk rekod, Pandelela & Dhabitah mula digandingkan pada 2017 di mana mereka berjaya meraih perak dalam Terjun Siri Dunia Kanada selain menggondol pingat gangsa dalam Kejohanan Dunia 2022 dan temasya Sukan Asia 2023.

Advertisement

Must Watch Video