Atlet boling padang negara, Nur Ain Nabilah Tarmizi dan Aleena Ahmad Nawawi, menjadi antara 24 penerima Bintang Kebesaran Ahli Mangku Negara (AMN) bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, di Istana Negara hari ini.

Selepas cemerlang membanggakan negara dengan pingat emas acara pairs wanita dalam Kejohanan Boling Padang Dunia 2023 di Gold Coast, Australia tahun lalu, gandingan berkenaan turut dinobatkan sebagai atlet berpasukan terbaik dalam Anugerah Sukan Negara (ASN) 2023 dan dinobat atlet terbaik dalam Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2023.

Semoga pengurniaan berkenaan akan meningkatkan lagi semangat dua jaguh negara itu untuk terus meraih lebih banyak kejayaan demi negara tercinta.