TAIWAN 4 MALAYSIA 2
Impian untuk ke separuh akhir kini di luar kawalan skuad futsal wanita negara selepas kecundang 2-4 kepada Taiwan dalam aksi kedua Kejohanan Futsal Wanita AFC 2018 di Bangkok, Thailand, sebentar tadi.
Selepas membuka kempen dengan membelasah Bangladesh 7-1, aksi dalam babak dua menyekat hasrat skuad bimbingan Addie Azwan Zainal itu untuk melakar kemenangan kedua di Arena Bangkok.
Terdahulu, skuad negara bermula garang dengan meledak gol seawal minit kelima hasil penyudah Siti Asnidah Zamri sebelum Chen Ya-Chun memastikan jaringan penyamaan buat Taiwan, dua minit sebelum separuh masa pertama berakhir.
Begitupun, aksi longlai dipamerkan skuad negara apabila membenarkan lawan mencipta tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak seterusnya.
Biarpun cuba merapatkan jurang menerusi Zur'ain Kamarudin ketika permainan berbaki lima minit, namun ia sudah terlambat untuk mereka mengelak kekalahan.
Malaysia, yang menduduki tempat ketiga Kumpulan B, akan membuat perhitungan terakhir dengan peneraju kumpulan, Vietnam, yang cemerlang hasil rekod bersih kemenangan sambil Taiwan dilabel sebagai pilihan untuk mara berikutan akan berdepan Bangladesh, Ahad nanti.