Ketua jurulatih futsal negara, Rakphol Sainetngam, menyahut cabaran yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membawa Malaysia layak ke Kejohanan Piala Asia 2026 serta menaiki podium di temasya Sukan SEA Thailand 2025.
Dia beranggapan sasaran itu realistik dan mampu dicapai jika segala perancangan yang direncana berjalan seperti yang diharapkan.
Pengendali berusia 46 tahun itu turut sedia untuk memberikan ruang lebih luas kepada barisan pemain muda untuk menyarung jersi Harimau Malaya yang dijangka memulakan kem latihan berpusat Julai depan.
Untuk rekod, kali terakhir skuad futsal lelaki negara beraksi di pentas Piala Asia ialah pada edisi 2018, manakala penampilan terakhir di Sukan SEA Kemboja 2021 menyaksikan Malaysia pulang tanpa sebarang pingat selepas menamatkan saingan di kedudukan terakhir peringkat kumpulan.
"Perkara ini normal dalam karier seorang jurulatih, penting untuk jurulatih mempunyai KPI. Saya perlu bekerja keras dan lakukan yang terbaik buat Malaysia.
"Panggilan ke kem latihan pusat pertama pada Julai, jika kami bertuah kami beraksi di Kejohanan Piala Kontinental (atas jemputan), tetapi perlu dapat pengesahahan daripada Thailand.
"Saya harap jika dapat menyertai kejohanan ini, kami akan memanggil pemain." katanya.

Ketua Jurulatih Futsal negara, Rakphol Sainetngam sahut cabaran yang ditetapkan FAM kepadanya musim ini.
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) April 16, 2025
- Layak ke Piala Asia 2026 ⏳
- Podium Sukan SEA Thailand 2025 ⏳
More on Nadi Arena 7.30 malam ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/VXrbS69oUk