Pahang Rangers menutup saingan Futsal Piala Malaysia 2024 dengan tempat ketiga selepas menundukkan Kuala Lumpur City dengan 4-2 di Axiata Arena, Bukit Jalil, sebentar tadi.

KL City yang disingkirkan oleh Johor Darul Ta'zim (JDT Futsal) di perlawanan separuh akhir terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Hussan Kadhemi pada minit ke-10 separuh masa pertama.

Penjaga gol KL City, Zunnurain Nor Sham, bertindak cemerlang apabila banyak melakukan percubaan berbahaya Pahang Rangers termasuk second spot penalty.

Namun, kecemerlangan itu akhirnya tewas di mana Harith Naim Mohd Nasir memastikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 sebelum tamat babak pertama.




Harith Naim sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring dalam aksi penentuan tempat ketiga-keempat itu, sekali gus menjadikan kedudukan 2-1 buat Pahang Rangers.

Skuad kendalian Luis Fonseca Cilleros menambah perit pasukan Warga Kota itu selepas giliran Tuah Eizlan Aminuddin pula meledak gol ketiga buat pasukannya.

Dodie Al Fareq Mohd Zailani merapatkan jurang permainan 2-3 selepas menyempurnakan second spot penalty sebelum Nazreen Saudi memastikan kemenangan tempat ketiga menjadi milik Pahang Rangers.