Skip to main content

Futsal

Futsal Piala Asia: Syahir Iqbal mahu Malaysia jalani persiapan awal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

futsal.jpg
Bintang muda skuad futsal negara, Syahir Iqbal Khan Akbar Khan, mengakui lega dapat membantu Malaysia merealisasikan misi layak ke pusingan akhir Piala Asia 2026. 

Jelas pemain terbaik perlawanan final futsal Piala Malaysia 2025 itu, dia dan rakan sepasukan perlu menggadakan usaha jika berhasrat untuk menghadirkan saingan kepada pasukan berstatus pilihan di Jakarta, Indonesia Januari depan.

Tonggak Selangor itu turut berharap skuad negara akan diberikan lebih banyak ruang dan peluang untuk menghadapi aksi pemanas badan berdepan pasukan di ranking yang lebih baik kerana ia mampu mematangkan pasukan.

Untuk rekod, pemain berusia 20 tahun kelahiran Kelantan itu berjaya mencetak satu gol buat skuad negara dalam pusingan kelayakan Kumpulan G yang berlangsung di Stadium Tertutup SUKPA.

"Ini sangat bermakna kerana sudah lama Malaysia tidak layak.

"Dan, ini juga kali pertama saya akan bermain di peringkat Asia. 

"Semua sangat berbangga, di samping menuntut persiapan awal.

"Untuk penyokong, saya sangat menghargai kehadiran semua dan berterima kasih kerana terus menyokong kami," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. 
Kasut futsal

Masa Untuk Training

Tingkatkan stamina dengan kasut futsal berkualiti.


? Lihat Kasut

Advertisement

Must Watch Video