Skip to main content

Futsal

Futsal Piala AFF: Persiapan singkat bukan satu masalah, kata Chun Yong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chew-chun-yong.jpg
Ketua jurulatih skuad futsal negara, Chiew Chun Yong, berdepan cabaran apabila hanya ada kurang sebulan sahaja lagi untuk persiapan pasukan bagi hadapi saingan Piala AFF yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand 2 April depan.

Daripada  20 nama dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat yang bermula Rabu ini, sembilan pemain baru bakal diberikan peluang untuk mempamer kehebatan masing-masing dalam rebut slot 16 terakhir bagi sarung jersi kebangsaan.

Chun Yong juga sedang cuba mengatur sekurang-kurangnya satu perlawanan persahabatan dengan kelab di Thailand sebagai persediaan skuad negara, dengan sasaran untuk cuba mara sehingga separuh akhir.

Advertisement

Must Watch Video