Tonggak skuad futsal lelaki negara, Mohd Khairul Effendy, bertekad untuk tidak mengulangi kealpaan yang dilakukan ketika berdepan Myanmar dalam saingan AFF Januari lalu apabila turun menentang lawan sama dalam aksi pembukaan futsal Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, esok.
Ketika saingan di Bangkok, barisan negara mendahului 3-0 sebelum kecundang 5-3 di peringkat kumpulan sekaligus membuatkan Khairul tidak rela skrip sama berulang.
"Ketika itu, kami berasa sudah boleh menang, sebaik mereka mendapatkan gol pertama fokus kami mulai hilang lalu mereka mengambil kesempatan.
"Aksi esok, kami perlu memastikan dapat menyudahkan peluang dan selepas separuh masa kedua, kami perlu lebih fokus," katanya.
Sementara itu, pemain skuad futsal wanita negara, Intan Sarah Anisah Zulgafli, turut mahu memulakan cabaran dalam Sukan SEA dengan kemenangan apabila berdepan Myanmar.
Pivot utama negara itu akan melakukan penampilan sulung di pentas Sukan SEA namun memberi jaminan dia dan rakan sepasukan bersedia untuk mengerah segala kudrat bagi memudahkan laluan skuad Malaysia.
"Selepas aksi persahabatan dengan China, kami tahu apa yang perlu dilakukan dan tingkatkan.
"Kami perlu menang kerana perlawanan pertama akan menentukan nasib kami. Justeru, kami perlu melakukan yang terbaik," ujar Intan.