Futsal ASEAN: Skuad negara kenduri gol benam Brunei
Saufi Tahir
November 3, 2024 18:47 MYT
November 3, 2024 18:47 MYT
Skuad futsal negara kenduri gol selepas menewaskan Brunei 11-0 dalam saingan Kumpulan A Kejuaraan Futsal ASEAN 2024 yang berlangsung di Terminal 21 Korat, Nakhon Ratchasima, Thailand, sebentar tadi.
Syed Aizad Daniel, Ridzwan Bakri, Syahir Iqbal Khan, dan Faris Johan membantu pasukan dengan masing-masing menjaringkan dua gol. Manakala, Awalluddin Mat Nawi, Abu Haniffa mencipta nama selaku penjaring dengan satu gol.
Keputusan Masa Penuh Kejuaraan Futsal ASEAN 2024 | Ahad, 3 November 2024 BRUNEI ?? 0-11 ?? MALAYSIA ⚽️ Syed Aizad Daniel 4' 25' Ridzwan Bakri 7' 33' Syahir Iqbal Khan 11' 22' 36' Awalluddin Mat Nawi 21' Abu Haniffa 26' Faris Johan 27' 40'#FAM #HarimauMalaya #ASEANFutsal pic.twitter.com/2gG44xpdPh
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Anak buah Rakphol Sainetngam tiada masalah untuk memulakan saingan dengan langkah kanan dengan selepas ini mereka akan berdepan cabaran daripada Thailand, Vietnam, dan Timor-Leste.