Skip to main content

Sukan Lain

Fury sedia angkat senjata

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tyson-fury.jpg
Tyson Fury berjanji sedia berperang untuk England sambil memuji mereka yang cuba mempertahankan Ukraine daripada pencerobohan Russia.

Peninju heavyweight Britain itu berikrar untuk mengikut jejak seperti adik beradik, Wladimir dan Vitali Klitschko, dan Oleksandr Usyk seandainya tanah airnya menyerunya untuk mengangkat senjata.

Juara WBC itu berkata dia akan menjadi barisan pertama sekiranya orang awam diwajibkan berperang. 

Vitali Klitschko merupakan datuk bandar Kyiv sementara abang yang juga bekas juara heavyweight dunia, Wladimir, telah menyertai briged pertahanan wilayah. 

Usyk pula yang merupakan juara bertahan dunia heavyweight juga telah mendaftar untuk berperang, begitu juga dengan seorang lagi bintang tinju, Vasiliy Lomachenko.

Fury berkata dalam sidang akhbar malam: "Hebat. Saya akan menjadi orang pertama yang menyertainya jika England terlibat mahupun Amerika Syarikat. Saya akan berada di barisan pertama untuk tugasan itu.

"Ayah saya juga akan berperang, saya dan semua lelaki akan mendaftar untuk mempertahankan negara. Jadi itulah yang saya boleh katakan.

"Jika anda dari sesebuah negara itu dan tinggal di sana maka pertahankannya. Sayangi wanita anda dan berjuang untuk negara anda, itu sahaja yang boleh saya katakan."

Fury bakal mempertaruhkan tali pinggang heavyweight WBC menentang Dillian Whyte di Stadium Wembley pada 23 April depan.
 

Advertisement

Must Watch Video