Aksi-aksi menarik yang disajikan dalam penganjuran sulung Fury Championship 2025 menyaksikan gabungan elemen menarik sukan tempur dengan dunia hiburan.
Bagi ketua pegawai eksekutifnya, Wafiy A'an, ini merupakan titik permulaan kepada sesuatu lebih besar yang akan diumumkan dalam masa yang terdekat nanti.
"Kami masih tidak percaya kami boleh buat sukan tempur gah seperti ini, kami tidak jangka, ramai orang beranggapan kami tidak mampu memandangkan masih muda.
"Dengan bantuan pasukan walaupun ada liku-liku tetapi dalam diselesaikan dengan secepat mungkin," ujarnya.
Malah, bintang acara utama, Ikmal Amry, yang juga seorang pelakon beranggapan Fury Championship memberikan sinar baru kepada artis untuk mahu menonjolkan bakat dalam sukan tempur.
Lebih-lebih lagi 'set up' yang dibuat juga mengutamakan keselamatan petarung dan bukan sekadar ala kadar sahaja.
"Dia ibarat kita dalam fantasi, tidak sangka Malaysia boleh beri aksi seperti professional. Walaupun sibuk berlakon tetapi tidak pernah terlepas berlatih satu jam setiap hari. Tidak pernah terlepas berlatih," tambahnya.
Dengan kemeriahan Fury Championship kali ini, Ketua Pegawai Pemasaran Fury, Jaasuzuran, tidak menolak sekiranya acara ini bakal muncul di Astro Arena satu hari nanti.
"Walau bagaimanapun da kolaborasi yang kami boleh lakukan, kami terbuka untuk mana-mana kolaborasi." katanya.