Peninju negara, Mohd Fuad Redzuan meminta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menilai semula adakah wajar acara itu diletakkan dalam kategori C sedangkan mereka pernah menjuarai Sukan Komanwel dan Sukan SEA.
Tinju adalah antara beberapa sukan yang dikenal pasti untuk diletakkan dalam kategori C untuk ke Sukan Asia.
Kategori C diperkenalkan untuk memberikan peluang kepada sukan yang jarang diberi tumpuan untuk menyertai temasya besar, antaranya perahu naga, mendaki dan bola baling.
Namun, wujud persoalan mengenai status tinju kerana wakil negara pernah menyumbang pingat emas Sukan Komanwel dan Sukan SEA.
"Saya harap MOM dapat mempertimbangkan untuk meletakkan kami dalam kategori B.
"Apapun, lebih bagus lagi kalau dalam kategori A sebab bagi saya, tinju bukanlah sukan baru.
"Kami telah menyertai banyak Sukan Asia, kalau boleh pertimbangkan tinju di atas tiket kategori B ataupun A," katanya.
Alasan MOM ialah tinju hanya mempunyai seorang wakil, iaitu Fuad.
Persatuan sukan kebangsaan yang berada dalam kategori C perlu mengeluarkan kos sendiri menghantar atlet ke Indonesia.
Jika memenangi pingat, belum tentu MOM akan membayar balik kos terbabit.