Pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen sasar untuk terus memberikan tekanan terhadap dua pemandu McLaren iaitu Lando Norris dan juga Oscar Piastri menjelang aksi genting Grand Prix Brazil yang akan berlangsung hujung minggu ini.
Verstappen yang kini hanya dibezakan dengan 36 mata sahaja daripada Norris dalam carta pemburuan gelaran juara dunia 2025, turut mahu mencipta hatrik kemenangan di Litar Interlagos dalam aksi itu nanti.
Pemandu berusia 28 tahun itu yakin bahawa Interlagos sekali lagi akan memberikanya peluang terbaik untuk merealisasikan impian itu selain mungkin mengumpan nasib untuk melakukan keajaiban untuk memburu gelaran juara dunia.
"Ia adalah litar yang amat istimewa untuk saya tidak hanya kerana banyak momen kemenangan dan memori yang menarik buat saya tetapi juga keluarga mertua saya juga dari sini.
"Namun harus diingat litar ini mungkin akan menawarkan hujan lebat di mana anda akan berlumba dalam keadaan huru hara dan yang penting adalah untuk memburu kejuaraan musim ini." Jelasnya kepada media pada Khamis.