Skip to main content

Permotoran

Formula 1: Oscar Piastri terima Anugerah Don

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

06ad1a20-3e32-11f0-a630-5f905e7d7396.jpg
Pemandu McLaren, Oscar Piastri menerima penghormatan tertinggi oleh sukan Australia yang dikenali sebagai Anugerah Don selaku bintang Formula 1.

Piastri yang ketika ini bersaing sengit dengan rakan sepasukanya, Lando Norris bagi merebut kejuaraan dunia bagi musim 2025 dianggap telah mengharumkan nama negara itu di persada sukan antarabangsa yang tidak mudah dilakukan oleh mana-mana atlet.

Ia seakan satu keistimewaan dan aset sukan terpenting bagi Australia selepas Jack Brabham dan Alan Jones melakukanya satu ketika dahulu.

Piastri yang kini baru berusia 24 tahun, diiktiraf pada majlis tahunan Sport Australia Hall Of Fame pada Selasa di kampung halamanya Melbourne.

Dia juga dianggap sebagai alet Australia yang paling menginspirasikan negara itu dalam tempoh 12 bulan sepanjang 2025
 
F1

Bawa Balik Aksi Litar Ke Rumah

LEGO Speed Champions McLaren memberi peluang anda merasai semangat perlumbaan, terus dari meja ke rak koleksi.
Beli Sekarang

Advertisement

Must Watch Video