HOKI
Firhan Ashari tekad tunai komitmen sebelum berkelana ke luar negara
Pemain Perak, Firhan Ashari, yang membantu berkata tiada masalah baginya menerima tawaran untuk bermain di luar negara.
“Daripada segi tarikh, saya sudah mula menjalankan latihan di sana dan prosesnya sedang berjalan lancar.
“Jadi, setakat ini tiada masalah untuk saya bermain di kelab Hong Kong, Khalsa Naujawan Sabha,” katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Namun, Firhan menegaskan bahawa fokus utamanya sekarang adalah untuk menyelesaikan komitmen yang ada di sini terlebih dahulu.
“Saya perlu fokus untuk menyelesaikan latihan di sini, bantu pasukan dan selesaikan apa yang patut.
“Selepas itu, barulah saya akan ke sana untuk meneruskan karier saya,” jelasnya.
Menurutnya berkaitan perkembangan sukan dan Projek Pembangunan Sukma (SDP).
“Setakat ini saya berfikir untuk kekal dahulu di sini, fokus kepada permainan saya dan selepas itu, kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan," katanya.