Skip to main content

Sukan Lain

Fire Cage: Selain fizikal, teknik sangat penting -- Lance Siah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

monarch.jpg
Kejohanan Fire Cage Fighting Championship 2025 kali ini yang bakal membuka tirai pada 22 Februari di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan.

Kehidupan seharian atlet seni bela diri campuran (MMA), Lance Siah, terpaksa dibahagikan kepada dua karakter iaitu seorang yang bekerjaya dan atlet separuh masa.

Susuk tubuh yang kecil selain berwajah 'nerd' seringkali disalah tafsir sehingga menjadikan dirinya mangsa buli sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Namun, kisah penganiayan itu dibawa ke gelanggang kompetitif buat kali pertama apabila Lance menghitung perhitungan bertemu Jared Alzate dari Filipina.

Berbekalkan rekod enam kemenangan daripada tujuh perlawanan, Lance mempunyai kelebihan untuk pelbagaikan corak serangan dalam pertempurannya itu.

Atlet MMA berusia 30 tahun itu terkenal dengan kemenangan menerusi TKO mahupun Submission Choke sepanjang tempoh tujuh tahun dalam kancah sukan tempur.

"Kadang kala fizikal tidak penting tetapi teknik sangat penting. Seperti jika dapat beri tumbukan yang bagus jadi ia akan beri kelebihan.

"Teknik adalah kekuatan. Saya akan berikan yang terbaik dan kita lihat nanti. Saya rasa saya cukup versatil, setiap lawan berbeza jadi saya akan lakukan yang terbaik dan ikut jurulatih." katanya.

Dapatkan tiket di sini
 

Advertisement

Must Watch Video