FIRE CAGE
Fire Cage: A'mmarul Shafiq sasar tumbangkan lawan seawal pusingan kedua
Atlet Muay Thai Welterweight negara, A'mmarul Shafiq Ubaidillah, optimis untuk menumbangkan lawannya dari Filipina dalam pusingan kedua atau ketiga dalam Kejohanan Fire Cage Fighting di Stadium Tertutup Nilai, Sabtu depan.
Walaupun mula berkecimpung dalam sukan Muay Thai pada 2021, namun dia sudah meraih gelaran juara Muay Thai kebangsaan sebanyak empat kali dan juga merupakan juara kickboxing kebangsaan dua kali.
"Saya berkecimpung dalam Muay Thai selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebelum ini bina badan tetapi Ketika itu banyak gim tutup jadi saya ikut jejak langkah adik saya," katanya.
Itu merupakan kejayaan diraih A'mmarul Shafiq Ubaidillah yang bakal beraksi menentang petarung dari Filipina, David Je Morata dalam disiplin Muay Thai di saingan Fire Cage Fighting Championship di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan.
Bagi A'mmarul, fokus utamanya adalah untuk mendapatkan 'knockout' seawal pusingan kedua dengan dia menyifatkan dengan kelebihan fizikal yang dimilikinya, perkara itu tidak mustahil untuk dikecapi.
"Persiapan seperti biasa dan bersedia 100%, saya akan berikan aksi terbaik. Saya mempunyai kelebihan dari aspek ketinggian dan di situ saya akan bermain secara Jarak. Jika perancangan menjadi, saya akan knockout lawan dalam pusingan dua mahupun tiga." tambahnya.
Dapatkan tiket anda di sini.