Skip to main content

Sukan Lain

Fire Cage: Merah padam wakil Jepun ditumbuk petinju negara!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

oscar-shuya.jpg
Wakil Malaysia, Oscar Kai Hei, memberikan permulaan penuh bertenaga saingan Fire Cage Fighting Championship 2025 di N9 Arena, Nilai sebentar tadi.

Turun bertemu wakil Jepun, Shuya Hasegawa, dalam pertembungan kategori Kick Boxing, tiga pusingan yang cukup menarik. 

Pusingan pertama, Shuya menggunakan gerakan tendangan untuk menjatuhkan Oscar, namun ia tidak mematahkan langkah wakil negara itu apabila bangkit dalam dua pusingan berikutnya, apabila deretan tumbukan ke arah muka lawan membantu dia untuk kutipan mata.

Selepas tamat tiga pusingan, pengadil sebulat suara memutuskan kemenangan buat Oscar menerusi keputusan 29-28.


 

The Stage is Set!! Saksikan aksi hangat MMA Fire Cage Fighting Championship 2025 secara 'LIVE'!???

Jangan lupa sakiskan pertarungan-pertarungan hangat Fire Cage hari ini bermula 6.00 petang di Youtube dan Stadium Astro!! Lock the time!!?? pic.twitter.com/EWmvKjZ5RE

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) February 22, 2025


 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video