TINJU

Fire Cage: Fokus serangan lawan, Agilan Thani sedia tahan Rafael Carvalho

Stadium Astro
Najmi Iman
20/02/2025
10:00 MYT
Sponsor Banner
Fire Cage: Fokus serangan lawan, Agilan Thani sedia tahan Rafael Carvalho
Tumpuan utama pentas Kejohanan Fire Cage Fighting yang akan membuka tirai buat kali pertama di Malaysia menawarkan perlawanan hangat di antara atlet kebanggaan negara, Agilan Thani, bertemu wakil Brazil di N9 Arena, Sabtu ini.
Bekas petarung ONE Championship itu mahu menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah untuk menumpaskan juara dunia, Rafael Carvalho, di hadapan peminat tempatan.
"Saya banyak fokus kepada teknik pertarungan jarak dekat yang harus menahan serangan pihak lawan. Tiada strategi yang baru dan perancangan rapi," katanya.
Sementara itu, Rafael pula tidak sabar berdepan Agilan dah siap sedia mempamerkan aksi memukau.
"Saya sangat berbesar hati dapat bertarung dengan Agilan.
"Saya sudah melakukan persiapan dan bersedia untuk hari perlawanan.
"Saya sangat teruja dan menunggu hari Sabtu tiba," katanya ketika sidang media di pusat beli belah IOI Putrajaya.
Klik di sini untuk dapatkan tiket anda sekarang dan jadilah sebahagian daripada sejarah!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video