Skip to main content

Sukan Lain

Fire Cage: Dia sorang legenda -- Agilan Thani sedia beri tentangan terbaik buat Rafael Carvalho

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

agilan-thani.jpg
Petarung MMA negara, Agilan "Alligator" Thani, mengakui lawan yang akan ditemuinya bukan calang-calang lawan menjelang Kejohanan Fire Cage Fighting di N9 Arena, Nilai pada Sabtu ini.

Akan bertemu petarung berpengalaman dari Brazil, Rafael Carvalho, dalam acara grappling super fight, Agilan bersiap sedia dengan strategi pertarungan terbaik untuk menentang rakannya itu.

"Rafael Carvalho, saya rasa dia seorang yang amat berbahaya dalam MMA tetapi saya akan bertarung dengannya dalam acara grappling, jadi ia memberikan saya sedikit kelebihan," katanya ketika menjadi tetamu jemputan Nadi Arena sebentar tadi.

"Saya harap dapat melakukan yang terbaik berdepannya tetapi dia bukan seorang lawan mudah, itu sudah pasti.

"Dia seorang legenda. Jika anda tahu tentang MMA, anda pasti mengenali siapa Rafael Carvalho. Dia juara dalam pelbagai kejohanan lalu dan amat berbahaya," katanya.

Segera dapatkan tiket anda di sini.

Advertisement

Must Watch Video