Kurang 24 jam sebelum pertarungan terbesar tahun ini, Fire Cage Fighting Championship 2025 akan berlangsung di N9 Arena, Negeri Sembilan.
Selepas tamat sesi weigh-in, setiap petarung MMA melakukan 'face-off' kali terakhir sebelum mereka bertemu di gelanggang, memperlihatkan 26 pejuang dari 11 negara bersemangat menjelang 13 aksi sengit yang bakal berlangsung.
Antara yang menjadi fokus adalah wakil Malaysia, Agilan 'The Alligator' Thani, yang bakal berdepan wakil Brazil, Rafael Carvalho, dalam kategori Super Grappling.
Biarpun lawannya lebih besar dari segi fizikal, Agilan tekad untuk berjuang demi kemenangan Malaysia.
Sementara itu, Rafael turut menyatakan keyakinannya untuk menguasai pertarungan, menegaskan bahawa dia telah melakukan segala persiapan bagi menewaskan Agilan di laman sendiri.
Segala persoalan akan terjawab apabila kedua-dua pejuang ini turun ke gelanggang esok. Sama-sama kita nantikan.