Skip to main content

Sukan Lain

Fire Cage: Atlet MMA negara akan bertemu anak buah jurulatih Conor McGregor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

agilanthani.jpg
Bekas petarung ONE Championship, Agilan Thani, mengesahkan penyertaannya Kejohanan Fire Cage Fighting pada 22 Februari

Kejohanan anjuran Emnes Events ini bakal berlangsung di Nilai Indoor Stadium, di mana Agilan dijadualkan berdepan petinju dari Ireland, Garath Von. 

Lawannya itu berlatih di bawah kendalian John Kavanagh yang merupakan jurulatih utama atlet UFC, Conor McGregor, sekali gus menjadikan pertembungan paling dinantikan dalam kejohanan tersebut.

"25 Disember merupakan hari terakhir dia bertempur, di mana dia berjaya meraih kemenangan menentang wakil Korea.

“Saya sangat menghormati segala usaha anda dalam membangunkan seni bela diri di Malaysia," kata penganjur, Francisco Cesar.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by agilan thani (@agilanthani)



Kontrak Agilan Thani akan dikaji semula bagi mempertimbangkan sebarang kemungkinan lanjutan bersama.

Selain itu, terdapat perancangan untuk menandatangani kontrak jangka masa panjang selama dua tahun, melibatkan lima hingga enam pertarungan.

“Saya benar-benar ingin membantu dia dan berharap rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan penuh kepadanya. 

“Sejak usia 17 tahun, dia telah berjuang dan membawa bendera Malaysia ke serata dunia dengan penuh kebanggaan. 

“Oleh itu, sokongan daripada rakyat Malaysia amat penting untuk perjalanan kariernya,” tambah Cesar.

Advertisement

Must Watch Video