FIRE CAGE

Fire Cage: Agilan Thani cadang perkenal sistem mata, edisi kedua Ogos ini

Stadium Astro
Saufi Tahir
23/02/2025
12:23 MYT
Sponsor Banner
Fire Cage: Agilan Thani cadang perkenal sistem mata, edisi kedua Ogos ini
Bekas petarung One Championship, Agilan 'The Aligator' Thani, berkongsikan cabaran yang dihadapinya ketika bertarung dalam kategori grappling selain mencadangkan sistem mata diperkenalkan bagi memudahkan mencari pemenang.
Petarung berusia 30 tahun itu memperoleh keputusan seri apabila betemu Rafael Carvalho dalam saingan Fire Cage Fighting Championship semalam.
"Saya tidak rasa (ketinggian fizikal) pihak lawan itu masalah. Kali ini tiada sistem mata, mungkin Fire Cage juga yang membolehkan ada pemenang. Kategori grappling ini sukar, tidak boleh menumbuk dan menyepak.
"Saya ada perlawanan di Jepun nanti, saya juga bakal menerima kelahiran bayi Ogos nanti, saya tidak tahu lagi akan dapat sertai Fire Cage pada Ogos nanti," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fire Cage Fighting Championship, Ahmad Mustaqim, jelas berpuas hati dengan sokongan dan komitmen yang diberikan petarung serta penyokong dari dalam dan luar negara pada kejohanan itu.
Dia turut berkonsi bahawa edisi kedua kejohanan itu akan turut diadakan pada 7 Ogos tahun ini sejurus selepas edisi pertama menutup tirainya semalam.
"Sangat berpuas hati dangan sokongan daripada penyokong dari dalam dan luar negara dan semua petarung.
"Kami merancang 7 Ogos tahun ini untuk edisi kedua, kami bagi peluang buat petarung tempatan juga. Dalam industri ini, ia satu kebiasaan seperti One Championship. Selagi ada sokongan, kami akan buat." tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video