Skip to main content

Sukan Lain

Final Polo Air Terbuka Malaysia: Thailand buktikan jurang keupayaan dengan skuad negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ketua-jurulatih-poli-air-lelaki-kebangsaan,-voon-yong-hui.jpg
Skuad negara berdepan cabaran getir, bertemu jaguh Asia Tenggara, Thailand, di pentas final Kejohanan Polo Air Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hari ini. 

Ternyata jurang perbezaan kualiti dipersembahkan skuad negara terlalu jauh jika dibandingkan dengan musuh serantau itu.

Hal ini kerana, Thailand sudah melakukan persiapan rapi sejak tiga tahun lalu selaku tuan rumah Sukan SEA 2025 dan menyasarkan buruan kilauan pingat emas dalam temasya dwitahunan itu.

Skuad negara pula menjadikan edisi ke-66 ini sebagai medan uji pemain muda untuk diketengahkan pada masa hadapan, di samping menyediakan program kesinambungan pemain muda dan senior menuju Sukan SEA Kuala Lumpur 2027.

"Kebanyakan barisan pemain terdiri daripada muka baru. 

"Semua pemain diturunkan untuk mengutip pengalaman. 




"Kami bukannya menyasarkan emas sebaliknya sasar dalam Sukan SEA," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi. 

Jadi tidak hairanlah, mengapa skuad negara bergelut menyaingi Thailand di pentas akhir yang menyaksikan Thailand meraih pingat emas menerusi kemenangan 18-6.

"Thailand lebih bersedia kerana akan bertindak sebagai tuan rumah.

"Kami sedang mengadakan persiapan untuk meraih gangsa," kata ketua jurulatih poli air lelaki kebangsaan, Voon Yong Hui.  


 
Supplement

Kekal Bertenaga, Kekal Sihat!

Berocca Orange Effervescent Tablets bantu menyokong sistem imun untuk gaya hidup aktif — sama ada bersukan, bekerja, atau beriadah setiap hari.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video