Skip to main content

Bola Keranjang

Final NBA: Peranan utama Stephen Curry undang pujian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

stephen-curry.jpg
Draymond Green memuji persembahan menyerluruh Stephen Curry selepas Golden State Warriors menewaskan Boston Celtics 107-88 sebentar tadi. 

Malah, pada satu ketika, Warriors mendahului 29 mata dalam Permainan Kedua Final NBA di San Francisco itu untuk mereka mengikat kedudukan 1-1 dalam siri tujuh pertemuan berkenaan. 

Curry mengimbangi permainan menyerang dan bertahannya untuk menamatkan perlawanan dengan menyumbang 29 mata, enam rebound, empat bantuan jaringan dan tiga pintasan, secara keseluruhannya membuktikan peranannya dalam pertemuan itu dengan rating bersih yang mengagumkan +39.6.

Green bingkas memuji pemain itu selepas kemenangan tersebut selain turut menekankan kepentingan kelibat Curry, malah sebelum penghijrahan Kevin Durant ke Brooklyn Nets. 

"Saya fikir dia adalah luar biasa," kata rakan sepasukannya itu selepas perlawanan. 

 

"Paling penting, dia membuat keputusan hebat. Ketika tanpa bola, dia membuka ruang sambil menyambut hantaran daripada pertahanan. 

"Saya fikir untuk enam minit pertama permainan, dia tidak memungut sebarang mata. Dia tidak memberi tekanan kepada dirinya sendiri dan membiarkan permainan datang kepadanya, kami semua mengikut rentaknya.

"Serangan kami sering berpunca daripada Steph. Segalanya juga bermula dengan Steph. Ketika KD (Durant) berada di sini, ia juga bermula melalui Steph dan begitulah keadaannya."

Advertisement

Must Watch Video