Casper Ruud menempa pertemuan dengan Novak Djokovic dalam penentuan gelaran Kejohanan Final Jelajah ATP selepas menewaskan Andrey Rublev dalam separuh akhir awal pagi tadi.
Pemain Norway berusia 23 tahun itu meninmati musim cemerlangnya dengan layak ke final dua kejohanan grand slam dan kali ini, dia menewaskan wakil Russia, Rublev, 6-2, 6-4 di Turin.
Selepas Ruud memenangi set pertama, dia kemudian mematahkan servis Rublev dalam game pertama set kedua sebelum sekali lagi melakukannya dalam game ketiga.
Rublev, dalam pada itu, kelihatan kehilangan idea dan mengalami kecederaan bahu sebelum akur melihat Ruud mencipta sejarah selaku pemain Scandinavian pertma layak ke perlawanan akhir Final Jelajah ATP sejak Stefan Edberg melakukannya pada 1990.

FINAL FEELING #NittoATPFinals | @CasperRuud98 pic.twitter.com/azMjFXFdRg
— ATP Tour (@atptour) November 19, 2022