Rublev sebelum ini tidak pernah melepasi saingan peringkat kumpulan menerusi dua penampilan pertamanya dalam kejohanan penutup musim itu.
Dia pada awalnya kelihatan akan sekali lagi menerima nasib sama dalam aksi terakhir itu Kumpulan Hijau itu, di mana pemenang perlawanan berkenaan akan menyertai Novak Djokovic, yang layak ke separuh akhir daripada Kumpulan Merah.
Rublev jelas tidak dapat menandingi Tsitsipas dalam set pertama tetapi dia kemudian memanfaatkan kekuatan pukulan terusnya untuk melakar kebangkitan dengan kemenangan 3-6, 6-3, 6-3 di Turin.
Dia seterusnya akan berdepan Casper Ruud awal pagi esok bagi perebutan tempat ke final.
SF BOOKED! ?@AndreyRublev97 defeats Stefanos Tsitsipas 3-6 6-3 6-2 to reach the semi-finals of the #NittoATPFinals pic.twitter.com/6FveZPx4ie
— ATP Tour (@atptour) November 18, 2022