Novak Djokovic meningkatkan harapannya untuk meraih gelaran Final ATP keenam apabila mengesahkan tempat ke separuh akhir berbekalkan kemenangan 6-4, 6-1 ke atas Andrey Rublev di Turin, sebentar tadi.
Selepas mengatasi Stefanos Tsitsipas dalam perlawanan pembukaan Kumpulan Merah, Djokovic berdepan tekanan hebat daripada pilihan keenam itu sepanjang set pembukaan sebelum memuktamadkan set pertama dalam game ke-10.
Begitupun, juara 21 grand slam itu meniti laluan lebih mudah dalam set kedua apabila mematahkan servis Rublev dalam peluang pertamanya sebelum mengulangi rentak berkenaan dalam game keenam.
Pukulan kilas mengagumkan membolehkan Djokovic mendominasi permainan dari garisan belakang apabila pemain Serbia tersebut memenangi 94 peratus mata dalam servis pertamanya selain tidak melepaskan sebarang mata break pun sepanjang pertemuan itu.
Pemain berusia 35 tahun itu hanya melakukan enam kesilapan dalam perjalanan menuju kemenangannya selama 68 minit, dan dia akan menyertai Casper Ruud mara ke separuh akhir.
Djokovic kini memenangi kedua-dua aksi di peringkat kumpulan dalam empat daripada lima kempen terakhir Final ATP.
Dia kini diangkat sebagai calon juara untuk menyamai rekod enam gelaran milik Roger Federer dalam pertandingan itu.

Off to an 11th #NittoATPFinals semi-final ?@DjokerNole defeats Rublev 6-4 6-1 pic.twitter.com/Xry8mySoH7
— ATP Tour (@atptour) November 16, 2022