Pengurus Kejohanan FIM MiniGP Malaysia, Zulfahmi Khairuddin, berasa bimbang melihat kehadiran pemilihan MiniGP apabila semakin kurang mendapat sambutan saban tahun.
Perkara ini berlaku ketika sesi pemilihan bagi 2025 yang berlangsung hujung minggu lalu di mana hanya 40 pendaftaran sahaja dan lebih menyedihkan lagi hanya 20 pelumba cilik hadir untuk sesi pemilihan.
"Isu ini saya telah Nampak sejak dua tahun lepas dimana penyertaan tidak lagi ramai seperti sebelum ini, saya teliti latar belakang peserta, kebanyakan pernah sertai kejohanan yang giat berlangsung sekarang ini.
"Pelumba yang berkualiti semestinya ada, tetapi jika lebih ramai maka lebih baik buat kami tapis ke peringkat seterusnya," katanya.
Dalam masa yang sama, penetapan sasaran buat pelumba 190cc, Qabil Irfan Azlan bertambah jelas bagi tahun ini.
Perubahan kelas tampak memerlukan sedikit masa untuk Qabil mengulangi kejayaan seperti di Kategori 160cc sebelum ini.
Tegas Zulfahmi, sasaran buat Qabil tahun ini lebih jelas untuk memastikan kapasitinya selaku juara dunia Mini MotoGP mampu berulang dalam kategori 190cc.
"Kami di landasan tepat, dia mengikuti semua latihan bersama jurulatih dari Sepanyol. Saya tiada kerisauan dengan prestasi Qabil dan percaya dia mampu rangkul satu lagi kejuaraan dunia." tambahnya.
Saufi Tahir
Mon Jan 20 2025