Pelumba berbakat dari Australia, Austin Attard, mencuri tumpuan apabila hadir ke Malaysia kali ini walaupun kempennya dalam FIM MiniGP Australia 2025 sudah tamat.
Attard yang menamatkan musim di tempat kedua keseluruhan kelas 160 turut meraih slot ke siri dunia di Sepanyol Disember depan bersama rakannya, Chaz Williams.
Kehadirannya ke Malaysia adalah untuk latihan dan penyesuaian litar sebagai persiapan awal mendepani cabaran di pentas dunia.
"Lawan saya tampak handal-handal belaka dan ayuh lihat keesokkan harinya," katanya.
Menurut ayahnya, Ben Attard, tiada tekanan diletakkan buat anaknya walaupun pelumba tempatan seperti Al-Adam Mikail dan Qasha Irfan dianggap jagoan Malaysia buat masa ini.
Sebaliknya, kehadiran Attard adalah untuk membuat persiapan terbaik dan mengumpul pengalaman sebagai bekalan menuju ke Sepanyol.
"Kami tidak tertekan. Ini peluang untuk anak saya menimba pengalaman.
"Saya tidak menaruh harapan tinggi terhadap keputusan. Kami cuma mahu berseronok," katanya.
Dapatkan Sekarang

Arai Helmet 100% Original
Arai Quantic Abstract menawarkan perlindungan penuh, kestabilan aerodinamik & pengudaraan optimum — kombinasi sempurna untuk setiap penunggang.
Dapatkan Sekarang