Skip to main content

Permotoran

FIM MiniGP: Qayyim Razin tekad teruskan momentum dalam pusingan keempat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

razin.jpg
Selepas meraih tempat ketiga dalam pusingan ketiga menjadi pembakar semangat buat pelumba muda, Qayyim Razin Razali atau lebih dikenali sebagai 'que' untuk merebut kedudukan dua terbaik di LYL International Karting Circuit, Selangor, minggu ini.

Pertama kali bakal beraksi di litar itu memerlukan Que untuk menganalisis perincian ciri-ciri litar, khususnya melibatkan jenis 'corners and turn' ketika sesi latihan bebas.

Pengubahsuaian 'suspension' motosikal juga perlu disesuaikan mengikut litar bagi melancarkan teknik tunggangan Que yang mewakili pasukan Horizon Racing Team.






"Saya lihat litar di LYL ini agak rata sedikit ada ada selekoh yang memerlukan saya mengubah tetapan jentera untuk mendapat kedudukan terbaik.

"Mungkin suspension belakang penting untuk dapatkan kesesuaian bagi memastikan kondisi jentera dalam keadaan terbaik," katanya.

Berbaki dua hari ke perlumbaan utama, persiapan Qayyim kini mencapai 90% dan dia sememangnya bersedia untuk tampil dengan aksi yang memukau kali ini.

Untuk rekod, kejuaraan edisi lalu menyaksikan  Qayyim menawan kategori 160cc dengan bergaya dalam pusingan keempat di Litar Beranang.

Advertisement

Must Watch Video