Pusingan keempat FIM MiniGP Malaysia 2025 menutup tirai hari ini dengan Qabil Irfan Azlan dinobatkan sebagai juara mutlak dalam kategori 190cc meskipun berbaki satu pusingan lagi.
Selain itu, Al Adam Mikail turut cemerlang apabila bangkit merapatkan jurang kedudukan dengan pendahulu keseluruhan, Qasha Irfan, dalam misi memburu kejuaraan di Sepang pada Oktober nanti.
Tidak cukup dengan itu, dua pelumba lain turut mencipta sensasi selepas berjaya meraih podium dan menamatkan kemarau podium masing-masing.
Dalam pusingan keempat FIM MiniGP Malaysia 2025 menyaksikan Qabil Irfan terus mencipta sejarah tersendiri.
Juara dalam Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 kategori 190cc, Qabil menjadikan litar LYL International Karting Circuit, Sungai Long Cheras, menjadi saksi kejayaan enam kali berturut-turut sejak 2020.
Dengan satu lagi pusingan dan dua perlumbaan baki di Sepang Oktober nanti, Qabil terus tampil gah bakal mengungguli gelaran sang juara sekali lagi.
"Gembira berjaya menebus kesilapan pada awal perlumbaan untuk meningkat naik dari kedudukan keempat sehingga kedudukan pertama." - katanya.
Dalam pada itu, Al-Adam Mikail menghela nafas lega apabila strategi menyaingi pesaing terdekat kategori 160cc, Qasha Irfan, berjaya dilaksanakan walaupun tampil dengan sedikit bergelut dalam perlumbaan pertama.
Langkah itu sekali gus menghidupkan peluangnya untuk memburu gelaran juara mutlak di Sepang, Oktober depan.
"Gembira dapat meraih kedudukan pertama walaupun hanya menyasarkan tempat kedua.
"Kesialapan Qasha Irfan di selekoh memberi peluang untuk saya memintas dia. katanya