Pengurus FIM MiniGP Malaysia 2025, Zulfahmi Khairuddin, menzahirkan kepuasan terhadap prestasi semua pelumba sejurus tamat pusingan kelima di Sepang, semalam.
Dia mengakui terkejut dengan persembahan berkualiti Adam Aiman yang mampu memintas Qabil Irfan Azlan pusingan akhir perlumbaan 2.
"Ia tidak pernah berlaku kerana Adam Aiman juga bersaing dalam kelas 190," katanya.
Dia turut berharap edisi hadapan dapat dilaksanakan di Terengganu memandangkan ramai jaguh negara seperti Qabil Irfan dan Qasha Irfan serta Hakim Danish Ramli berasal dari Negeri Pantai Timur itu.
"Saya dengar mereka sedang membina trek kecil bersaiz MiniGP di sana.
"Kebanyakan pelumba negara yang memenangi perlumbaan dalam MiniGP pernah berlumba di sana. Penyokong di sana juga ramai dan saya berharap kami dapat berlumba dekat sana.
"Tambah lagi satu venue baru," katanya lagi.
Sementara itu, ibu-ibu pelumba memberi penghormatan lima bintang kepada penganjur atas pengurusan cemerlang dan komitmen terbaik buat semua peserta.
"Banyak perubahan diperkenalkan ZK Racing, contohnya RCB MiniMoto. Ia akan menaikkan lagi semangat pelumba daripada MiniMoto ke MiniGP," kata Azlan Abdul Rahman.
Tambah seorang lagi bapa peserta, Faiz Wan Mohd: "ZK Racing memperkenalkan aspek pelumba profesional, sama seperti MotoGP; daripada segi pemakaian, jadual dan pemakanan.
"Di sini ibarat perkampungan sukan, masuk di sini rasa macam nak berlumba sahaja."
Dapatkan Sekarang

Arai Helmet 100% Original
Arai Quantic Abstract menawarkan perlindungan penuh, kestabilan aerodinamik & pengudaraan optimum — kombinasi sempurna untuk setiap penunggang.
Dapatkan Sekarang