Pengurus Kejohanan, Zulfahmi Khairuddin, memuji peningkatan prestasi para pelumba khususnya dalam kategori RCB Minimoto usai pusingan ketiga FIM MiniGP Malaysia 2025 di Litar Lumba Tangkak, semalam.
Qabil Irfan terus mendominasi kelas 190cc, manakala persaingan sengit berlaku dalam kelas 160cc.
Sementara itu, Ziqry Rayyan turut mencuri tumpuan dengan dominasi penuh dalam kategori SIV Ohvale Junior Championship buat pertama kali.
"Kedua-dua perlumbaan milik Qabil walaupun pelumba lain berikan cabaran sengit, tahniah kepada semua pemenang seperti Ziqry Rayyan juga.
"Apabila melihat anak-anak muda yang kecil berlumba lebih comel, Alhamdulilah semua selamat dan saya berpuas hati dengan kemajuan yang mereka lakukan," katanya.
Dalam pada itu, Zulfahmi turut menjangkakan cabaran lebih getir bakal menanti dalam pusingan keempat yang akan berlangsung di LYL International Karting Circuit, Sungai Long, Cheras pada 9 hingga 10 Ogos depan.
"Hampir semua pelumba tidak pernah berlumbha di litar LYL, dan kami masih belum tetapkan susun atur yang akan kami gunakan kerana di sana banyak kombinasi susun atur yang boleh digunakan.
"Saya rasa semua pelumba berada di tahap terbaik dan saya harap mereka dapat menyesuaikan diri dengan cepat." tambahnya.