FIM MiniGP Malaysia 2025 melabuhkan tirainya di Litar Kart Sepang dengan pencapaian membanggakan.
Pengurus kejohanan, Zulfahmi Khairuddin, meluahkan rasa puas hati terhadap prestasi pelumba dalam kategori 160 dan 190 yang memperlihatkan persaingan sengit serta kualiti perlumbaan yang tinggi.
Namun, dia sedikit kecewa dengan prestasi dalam kategori 110 apabila pelumba tempatan gagal memberikan saingan kepada pelumba jemputan luar negara.
"Saya berpuas hati dengan pengurusan kejohanan kali ini. Cuma ada satu kategori yang sedikit mengecewakan di mana tiada pelumba Malaysia yang menaiki podium iaitu kategori 110 (SIC Ohvale Junior Championship) dan saya harapkan ibu bapa dan pelumba dapat bangkit di pusingan seterusnya di Beranang nanti.
"Untuk kategori 160 dan 190 semuanya bagus dan saya sangat gembira dapat melancarkan program baru iaitu RCB MiniMoto Championship. Ini adalah program yang sangat baru dan selepas beberapa latihan yang kita buat.
"Semua pelumba dapat menghabiskan pelumbaan dengan selamat. Itu yang paling penting," katanya di Nadi Arena.
Zulfahmi berharap agar semua peserta lebih serius menghadapi pusingan kedua yang dijadualkan berlangsung di Horizon Beranang Circuit pada 24 hingga 25 Mei nanti.
"Saya percaya semua ibu bapa dan pelumba dari Malaysia akan beri saingan hebat kepada semua pelumba antarabangsa, kita nampak pelumba-pelumba antarabangsa yang datang ke siri kita tahun ini semuanya hebat-hebat.
"Dan saya harapkan semuanya dapat bangkit dan beri saingan yang baik di pusingan seterusnya," tambahnya.