PERMOTORAN

FIM MiniGP Malaysia: Zulfahmi Khairuddin bangga penganjuran di Langkawi berjaya

Najmi Iman 15/07/2024 | 11:20 MYT
Selepas tiga hari bertungkus-lumus menjayakan perlumbaan di Litar Antarabangsa Langkawi, Pengurus kejohanan, Zulfahmi Khairuddin, meluahkan rasa puas hati apabila terdapat catatan rekod yang berjaya dipecahkan di Litar Morac Adventure Park.
Zulfahmi mengakui terkejut dengan prestasi yang dipamerkan oleh Airel Marzuki yang bergelar juara berganda dalam kategori 160 setelah berjaya dalam misi membenam cabaran pesaing terdekat dari Vietnam, Nguyen Viet Tuan, dalam cabaran FIM MiniGP Malaysia.
"Alhamdulillah setiap perlumbaan memberikan hasil yang mapan serta ada pembaharuan rekod baru berlaku selain bangga dengan komitmen yang diberikan oleh pelumba negara," katanya.
Zulfahmi juga teruja dengan perkembangan persiapan bagi pusingan keempat yang akan bertukar lokasi.
"Sekarang kita sedang berbincang untuk mengadakan perlumbaan di sebuah litar di Lembah Klang untuk menukar venue dari tempat asal, Universiti Malaysia Perlis (UniMap), sebelum pengumuman rasmi dibuat dalam masa terdekat," tambahnya.
#Permotoran #Zulfahmi Khairuddin #FIM MiniGP Malaysia
;