Skip to main content

Permotoran

FIM MiniGP Malaysia: Wan Adra Mikayla minta tips tunggangan daripada juara dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mikayla.jpg
Trio pelumba adik-beradik, Wan Adra Mikayla Wan Mohd Muzri, Faith Mikael dan Ayden Maleeq dari Selangor mempersembahkan aksi terbaik dan kesungguhan mereka jelas terserlah di Litar Horizon Beranang walaupun baru kali pertama menyertai kejohanan tersebut dalam kategori RCB Minimoto Championship. 

Pelumba cilik wanita merangkap pelakon, Wan Adra Mikayla, turut menyatakan bahawa juara dunia Mini MotoGP 2024, Qabil Irfan, merupakan idolanya dalam dunia permotoran. 

Qabil sering berkongsi ilmu dan tidak lokek untuk mengajak Wan Adra Mikayla mendalami sukan ini dengan lebih serius. 

Hubungan mesra itu menjadi pembakar semangat buat Wan Adra Mikayla untuk terus berusaha dan maju dalam litar perlumbaan.

"Dia laju dan berani. 




"Dia banyak mengajar ajar saya cara tunggangan," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.  

Ibu kepada trio pelumba ini juga jelas menunjukkan sokongan padu kepada kesemua anaknya, terutama Wan Adra Mikayla yang menzahirkan minat mendalam terhadap sukan lasak seperti ini sejak kecil lagi. 

Kehadiran keluarga di sisi jelas memberikan suntikan semangat buat trio ini di litar.

"Kalau ada rezeki, dia akan podium esok berdasarkan catatan masa kedua terpantasnya tadi. 

"Saya sendiri hari-hari temankan latihannya.

"Untuk capai tahap seperti Qabil, saya tidak yakin lagi tapi kalau dia sendiri minat, saya akan berikan sokongan. 

"Selain daripada berlakon, saya ikutkan sahaja minatnya (dalam sukan permotoran)," kata ibunya, Datin Nur Syafira Mohd Zain.

Advertisement

Must Watch Video