Litar Horizon, Beranang mempunyai 13 selekoh dengan jarak 1 kilometer semestinya akan akan memberi kelainan kepada para pelumba.

Ini berikutan rata-rata pelumba memberikan maklum balas bahawa selekoh ketiga dan selekoh ketujuh adalah paling mencabar di litar itu.

"Cabaran adalah pada selekoh tiga dan tujuh, kerana jika kami buat kesilapan maka tayar boleh terkeluar." Kata pelumba FIM MiniGP kategori 190, Sharf Muhriz.





Antara fakta menarik bagi mengenai litar baru ini adalah mempunyai keluasan enam ekar serta menawarkan fasiliti yang lengkap termasuk di bahagian pit, ruang penonton, parkir, surau dan kafenya.

Lebih menarik lagi, litar ini turut menawarkan 12 susun atur yang boleh disesuaikan mengikut keperluan latihan dan jentera dan bakal memberikan pelumba yang mengambil bahagian pengalaman berbeza.

"Selekoh tiga dan tujuh paling mencabar." Kata pelumba FIM MiniGP kategori 190, Adam Aiman.