MOTOGP
FIM MiniGP Malaysia: Saya lumba wakili Indonesia, dalam hati tetap Malaysia -- Qayyim Razin
Qayyim Razin meluahkan kekecewaannya yang mengharungi perlumbaan kurang memberangsangkan dalam FIM MiniGP Malaysia Serie 2024 di Litar Kart Antarabangsa Sepang hari ini.
Pelumba kategori 160 itu terpaksa mengharungi pusingan terakhir tersebut dalam keadaan kurang sihat akibat terbabas dalam sesi latihan bebas semalam.
"Cabaran di Indonesia kerana saya bersaing dengan pelumba Rakan Bima yang lebih berpengalaman daripada saya. Perkara itu yang membuatkan saya sukar bersaing, tetapi saya bersyukur untuk ke Indonessia.
"Saya mahu cari pengalaman di sana, tidak jangka muncul juara keseluruhan di sana," ujarnya.
Hasil Perlumbaan 1 dan 2 ini meletakkannya di tempat ketiga keseluruhan 160.
Apa pun, dia sah mewakili Indonesia dalam kategori yang sama dengan seteru utama, Qabil, Farish Hafiy serta Adam Aiman.
"Saya berlumba wakil Indonesia, tetapi dalam hati tetap Malaysia. Dalam litar lawan tetapi luar litar kami kawan. Sasaran saya untuk berada dalam kelompok limat terbaik di Valencia nanti." tambahnya lagi.