MOTOGP
FIM MiniGP Malaysia: RCB ikat kontrak bersama Hakim Danish & Qabil Irfan selama setahun bagi memburu kejayaan antarabangsa
Bagi meneruskan peranan membantu pelumba muda tempatan memburu kejayaan di persada antarabangsa, kelengkapan motosikal terkemuka tanah air, RCB selamat mengikat kontrak selama setahun bersama Hakim Danish Ramli dan Qabil Irfan Azlan, Jumaat lalu.
Qabil irfan yang sedang bersaing dalam kelas moto keempat Kejuaraan Superbike Sepanyol ESBK 2024 pantas mencipta nama dalam sukan permotoran negara selepas mendominasi siri FIM MiniGP Malaysia dan merangkul gelaran juara dunia 2023.
Sementara itu, Hakim Danish turut cemerlang dalam Kejuaraan Motogp Rookies Cup 2024 apabila mencipta sensasi dengan menamatkan saingan di Jerez, Sepanyol, di tempat kedua sementara ketiga di Le Mans secara tidak langsung membuktikan Hakim Danish antara bakat dalam pembikinan.
Iklan
Pengarah Pemasaran Kumpulan MKA, Marcus Leong menyatakan bahawa inisiatif ini adalah untuk mencapai objektif terbaik bagi menghantar mesej kepada masyarakat bahawa sukan permotoran adalah satu sukan yang selamat.
"Program ini sesuai untuk perkembang bakat mereka hingga ke pentas MotoGP," katanya menerusi Nadi Arena.
"Kita mahu memberikan pesanan bahawa bersaing dalam litar adalah sesuatu yang sihat dan selamat berbanding berlumba di jalanan."
Tambah Marcus lagi, Program RCB Atlet bertujuan memupuk bakat dan potensi yang ada sambil menawarkan atlet muda sokongan yang diperlukan serta meringankan beban kewangan mereka untuk beraksi di peringkat lebih tinggi.
Must-Watch Video