Skip to main content

Permotoran

FIM MiniGP Malaysia: Qayyim Razin sedia bayangi Qabil Irfan di Litar Beranang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

qayyim.jpg
Pelumba 190cc FIM MiniGP Malaysia, Qayyim Razin Razali, mahu menjadikan Litar Beranang sebagai medan untuk dia bangkit memandangkan lokasi itu merupakan tempat jatuh bangunnya.

Dia turut optimis untuk memberikan persembahan terbaik bagi menyaingi jaguh edisi lalu iaitu Qabil Irfan dengan latihan yang konsisten kini menjadi kunci untuk dia memberikan saingan sengit.

"Pada pusingan pertama di Sepang saya ada masalah teknikal dengan jentera, saya jatuh atas silap sendiri kemudian saya dapat nombor tiga meski cuaca hujan.

"Saya jatuh dalam Perlumbaan 1, raih nombor tiga dalam Pusingan 2. Saya bangkit dalam perlumbaan kedua.






"Kejuaraan Dunia adalah sasarann saya untuk berada di kelompok kedua terbaik. Qabil memang laju dan sukar untuk kejar dia mahupun dekati dia di atas litar. Saya akan cuba beri saingan pada pusingan kedua nanti.

"Latihan memang saya konsisten, Litar Beranang memang tempat saya berlatih." katanya.

Litar Beranang bakal menjadi cabaran pelumba cilik negara menjelang pusingan kedua FIM MiniGP pada Sabtu ini.

Advertisement

Must Watch Video