Pusingan kelima FIM MiniGP Malaysia 2025 di RUD Karting Sepang hujung minggu ini akan menyaksikan pelumba muda, Qayyim Razin Razali, mencuri tumpuan apabila berazam mempertahankan kedudukan kedua keseluruhan kategori 190.
Qayyim yang pernah mewakili Indonesia ke Sepanyol tahun lalu selepas muncul pendahulu keseluruhan, kini berdepan saingan sengit daripada Adam Aiman dan Malek Ridha.
Selepas empat pusingan, Qabil Irfan Azlan sudah pun menutup cabaran selaku juara dengan 200 mata.
Misi ke MiniGP Siri Dunia di Sepanyol kini semakin mencabar buat Qayyim dan jika berjaya, ia akan membuat penampilan keduanya di Valencia, selepas kali pertama membawa Jalur Gemilang di samping Qabil Irfan.
"Saya cuba kuatkan mental, tak gopoh untuk kekal fokus dalam perlumbaan.
"Saya akui berdepan sedikit tekanan kerana kedudukan Adam Aiman hanya dibezakan satu mata dan jurang dengan Malek Ridha juga tidak jauh.
"Saya memasang impian untuk ke Valencia buat kali kedua dalam usaha memenuhi misi peribadi," katanya.
Dapatkan Sekarang

Arai Helmet 100% Original
Arai Quantic Abstract menawarkan perlindungan penuh, kestabilan aerodinamik & pengudaraan optimum — kombinasi sempurna untuk setiap penunggang.
Dapatkan Sekarang