Skip to main content

Permotoran

FIM MiniGP Malaysia: Qayyim Razim tekad terus beri tekanan hebat kepada Qabil Irfan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

qayyim-mini-motogp.jpg
Walaupun seteru utama kepada Raja Litar Beranang, Qayyim Razim, iaitu Qabil Irfan melaungkan keyakinan sambil meluahkan tidak gentar kepada pencabarnya, Qayyim sebaliknya tidak mahu berpeluk dalam usaha mempamerkan tunggangan terbaik.

Qayyim yang dikenali sebagai Raja Litar Beranang mengakui masih mencari cari rentak tunggangan terbaiknya dan masih di belakang juara dunia, Qabil, dalam sesi latihan bebas hari ini. 

Namun, dia tetap postif untuk menaiki podium dalam pusingan kedua FIM MiniGP Malaysia 2025 di Litar Horizon Beranang esok.

"Saya cari pelarasan dan tingkat prestasi untuk rapatkan jurang dengan Qabil," kata pelumba 160 itu di Nadi Weekend. 

Dalam pada itu, pengurus kejohanan, Zulfahmi Khairuddin, memberi reaksi positif selepas kesemua pelumba selesai mengharungi sesi latihan bebas mengikut kategori masing-masing. 

Zulfahmi menyifatkan semangat kompetitif makin meningkat dan menjangkakan pertandingan yang sengit. 

"Saya sangat berpuas hati dengan saingan kategori 190 memandangkan perubahan yang diperkenalkan. 





"Pelumba nampak selesa dengan motosikal tetapi Qabil masih kekal laju diikuti dan Qayyim. 

"Saya berharap semuanya akan bertambah baik apabila pelumba menukar tayar. 

"Saya harap pelumba dari Selangor yang selalu berlatih di sini boleh memberi saingan kepada pelumba dari Terengganu dan Pahang yang sering berada di hadapan," katanya pula. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video