Skip to main content

Permotoran

FIM MiniGP Malaysia: Qabil Irfan sedia tumpaskan Raja Litar Beranang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

qabil.jpg
Siapakah yang akan mengungguli pusingan kedua permotoran FIM MiniGP Malaysia di Sirkit Horizon Beranang? 

Pertemuan epik di antara dua juara terdahulu, Qabil Irfan dan Qayyim Razin, dijangka mencuri tumpuan hujung minggu ini. 

Untuk rekod, edisi lalu menyaksikan Qabil menjuarai kategori 190cc, manakala Qayyim menawan kelas 160cc dengan bergaya dalam pusingan keempat di litar yang sama. 

 

"Saya sudah bersedia tatkala kerap menjalani latihan di sini.

"Dia (Qayyim) dianggap 'Raja Litar Beranang' kerana banyak mendominasi dan sering berlatih di Beranan setiap hari," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.

Advertisement

Must Watch Video